Thursday, December 23, 2010

Biarkan Semua Berlalu | Part 1

1

Usai makan malam bersama rakan-rakan sekolej, Nur Hannah kembali ke biliknya yang terletak di tingkat tiga kolej kediaman. Dia segera membuka sweaternya dan mecapai telefon bimbit yang berada di atas katil. Terasa hatinya ingin merajuk kerana tiada sebarang khabar berita daripada insan yang tersayang pada hari ini. Dia menghempaskan telefon bimbit itu ke atas tilamnya dan terus menuju ke bilik depan.



            “Norli, QMT kita ada kerja tak? Malas nak check buku hari ni. Banyak tak?” Hannah menguap. Bisalah baru siap makan, mudahlah mengantuknya. Kalau tak kuat semangat mahunya jadi, zzzzzz…



            “Aiii? Malas? Jangan duk ikutkan malas kau tu. Lusa kan kita ada quiz? Kantoi karang baru tahu,” tegur Norli ikhlas. Dia menyusun nota subjek costing yang dipanggil QMT yang bersepah dia atas mejanya.



            “Hmm, blur pula hari ni. Entahlah. Quiz pun penting juga. Nak buat cover markah final exam nanti, fuh! Letih… letih,” keluh Hannah.



            “Takkan mengantuk dah kot. Malam masih kanak-kanak ribena la. Come on! Jomlah kalau kau nak study sama-sama. Ni pun, banyak juga kerja yang kita kena buat. 5 Past year questions kena siapkan. Mahunya sewel aku nak selesaikan soalan-soalan ni sorang-sorang. Kau dah siap belum, Hannah?”



            “Bukannya aku mengantuk…, tapi perut ni yang penuh. Biasalah, aku ni kan kuat makan. Hehehe. Hmm, aku belum buat lagi QMT tu. Kita discusslah kejap lagi. Bukan setakat kau yang sewel. Aku pun sewel juga kalau buat sorang-sorang.” Hannah mula membelek-belek nota Norli. “Mana Auni? Dia tidur kat bilik Sal ke malam ni?” Dia mula bertanyakan rakan sebilik Norli, Siti Auni.



            “Tak adalah. Dia merayau sekejap tu. Pergi bilik Syikin kot. Sebab tadi dia ada bawa assignment Human Resource (HR). Nak discuss pasal tugasan berkumpulan tu kot. Cakap pasal orang je, kita ni tak start lagi. Bila nak buat?” 



            “Kita buat esok nak? Sebab malam ni aku ingat nak buat QMT dulu. Then, baru fikirkan Human Resoursce tu. Lagipun, kalau kita sepakat buat QMT tonight, confirm boleh siap punya.” Hannah hanya menyandarkan dirinya di katil milik Norli. Termenung dia seketika sebelum disakat oleh Norli.



            “Hai, termenung nampak. Teringatkan yang jauh ke? Atau, fikirkan masa depan?”



            “Ingat yang jauh la. Tak mesej langsung today. I don’t know why. Tak terjangkau otak aku ni nak fikir apa yang buat dia tak nak mesej aku. Hairanlah juga. Tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba je senyap. Kena puting beliung agaknya.” Selamba sahaja muka Hannah mengeluh nasibnya. Sedih ada. Sakit hati pun ada. Macam-macam ada.



            “Lerh, patutlah moyok je macam tempoyak basi. Buruklah kau buat muka macam ni. Cari lain sahajalah, Hannah. Tak payah nak fikir orang yang tak nak fikirkan kita. Buat karat air mata je,” nasihat Norli. Tahu benar dia akan Hannah yang selalu bergaduh dengan si jantung hatinya itu. Selalu juga Hannah mengadu tentang kekasihnya yang play boy tu buat hal. Nak sahaja dia tolong rejam mamat tu. Hisy!



            “Entahlah labu, labi pun tak tahu nak buat apa dah. Wait and see je apa dia nak buat lepas ni. Biar je dia nak buat apa. Karang kalau kita tegur ke, nasihat ke, cakap kita ni tak open minded la, kongkong dia la, nak jadi queen control la. Kita juga yang salah. Biarlah dia go on dengan life dia tu. Makin lama aku kenal dia, makin banyak yang aku kena catch up dengan life dia yang everyday bertukar rentak. Pening aku!” bebel Hannah.



            “Aaaa baguih la labi kalu lagu tu. Pi ambik buku hang then mai sini wat assignment lagi baguih. Tak payah hang nak pikiaq pasai dia lagi. Dengaq kata aku ni. Hang off ja handphone tu tak payah tunggu-tunggu mesej dia. Tunggu punya tunggu mesej Daniel tu buat hang jadi lembu ja,” kata Norli dalam loghat utara.



            “Iyelah, labu!” Hannah tersengih dengan gurauan Norli. Sayang benar dia pada Norli yang merangkap sahabat baiknya. “Jap aku pi ambil senjata aku. Kita perang habis-habisan malam ni. Siapkan segala past year question costing ni. Hilangkan duka nestapa aku. Bereh!” kata Hannah dengan bersemangat sambil keluar dari bilik Norli untuk mengambil alat tulis serta buku-bukunya.



            “Duka nestapa ke nestum ke  neslac ke, cepat pergi ambik buku kau. Boleh siapkan cepat-cepat. Pastu kita layan VCD yang Tiqah punya ni, aku sewa tadi. Hehe,” Norli tersengih sambil menunjukkan VCD cerita korea kegemarannya, My Girl.



            “Ooo, patutlah nak siapkan kerja cepat-cepat. Ok lah, wait a minute.” Hannah berlalu dan menuju ke biliknya yang hanya berdepan dengan bilik Norli.



            “Oi orang depan! Past year question aku ada kat sana dah ke? Tak ada kat sini lah!” Hannah memekik.



            “Ada kat sinilah, orang depan. Nyanyuk apa? Tadi kau juga yang bawa kat sini,” omel Norli. Dia faham benar dengan Hannah yang selalu terlupa akan sesuatu sekiranya fikirannya terganggu. Apalagi kalau sebab Daniel Haiqal. Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat Hannah di seberang biliknya yang sedang tertonggeng mencari sesuatu di dalam lacinya.



            Setelah itu, Hannah tersembul  kembali di muka pintu bilik Norli sambil tersengih. Mereka bersama-sama menyiapkan assignment. Sebagai seorang pelajar, sudah menjadi kewajipan mereka untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka.














 “Dah nak dekat final exam kita ya, Kinda. Next week kita ada pra graduation night (PGN). Kau nak pakai baju apa malam tu? Eiii, tak sabarnya aku,” kata Syikin. Dia memang beriya-ia mahu ke PGN tersebut. Maklumlah malam itu semua siswa-siswi tahun akhir dari seluruh program akan dikumpulkan untuk malam gilang-gemilang meraikan mereka yang bakal menamatkan pengajian.



            “Pulak dah… Ni mesti berangan nak jumpa Alex Yoong tu kan?” Shakinda dapat mengagak yang Syikin mahu bergambar sakan dengan salah seorang pelajar dari program perbankan yang mirip muka Alex Yoong.



            “Mestilah! Aku akan make sure yang aku dapat bergambar dengan dia sampai posing maut pun tak apa. Baik punya,” terang Syikin dengan gembira.



            “Aduh, tak kasi can kat minah lain nak bergambar dengan mamat tu ke? Apalah kau ni. Aku pakai baju kurung biasa saja. Ada aku beli kat butik First Lady minggu lepas. Sama dengan baju Nasha Aziz pakai dalam cerita Datin Diaries tau!”



            “Wow! Which one? Nanti aku pergi tengok kat bilik kau ye, Kinda. Make up macam mana? Siapa nak make upkan kita? Junior kita sahajalah yang tak busy time tu. Tapi nak cari siapa ye?” Syikin sudah melebihi had muatan memikirkan tentang dinner itu. Mahunya dia berdandan sakan untuk majlis yang dinanti-nantinya.



            “Hello, Miss Syikin! Tu dinner je. Yang kau fikir sampai mengalahkan artis nak pergi anugerah bintang popular ni apa kes? Kita make up sendiri je lah. Tak payah menyusahkan orang lain. Janji, vogue.” Lynda membantah cadangan Syikin untuk menyuruh junior mereka mendandan wajah mereka nanti.



            “Alaaa sekali sekala je. Aku bersiap kat bilik kau nanti ye, Kinda.”



            “Aku ok ke. Tu haaa tanya roommate aku tu dia bagi ke tak. Senyap semacam je dari malam tadi.” Shakinda menjuihkan bibirnya menunjukkan Hannah yang diam membisu sedari tadi. Dia dapat mengagak yang Hannah tentu ada konflik dengan buah hatinya, Daniel.



            “Oi, Mirsupilami. Diam saja kau ni. Ada masalah ke?” Syikin menepuk bahu Hannah yang sedang termenung. Sergahanya itu telah  mematikan lamunan Hannah.



Terkebil-kebil mata Hannah memerhatikan Shakinda dan Syikin. Entah apalah yang dibualkan mereka. Dari tadi Hannah asyik melayan perasaannya sahaja. Hanya jasadnya sahaja yang ada di situ. Dirinya dah samapai ke mana agaknya. Dah sesat kat Afghanistan kot.



“ Banyaklah kau punya Mirsupilami. Haaa, apa yang kau nak cakap dengan aku? Serius je nampak.”



“Cheh, mengelamun je kau. Ni haaaa, aku nak menginap kat bilik kau separuh nanti hari dinner PGN tu boleh tak? Nak make up sama-sama dengan korang. Mana tahu ada kurang nanti boleh korang touch upkan, hehe.”



“Laaa, itu pun kau nak minta izin. Macamlah tak pernah bermalam kat bilik kitorang tu. Pergi je lah. Aku tak kisah pun. Kau punya baju mesti vogue gila kan?” duga Hannah. Tahu benar dia Syikin yang sentiasa menjaga penampilan dan bergaya. Badan pun dia jaga biar sentiasa langsing dan mantap. Selalu buat senaman dan sit up yang kadang-kadang menyebabkan dia sendiri sampai sakit tulang belakang kerana asyik senaman je. Nak jaga bentuk badanlah katakan. Haha…



“Mana ada, aku tempah kebaya nyonya je hari tu. Kinda lagi vogue. Baju yang Nasha Aziz pose dalam cerita Datin Diaries tu yang dia akan pakai malam tu.”



“Wow! Really, Kinda?” tanya Hannah dengan berminat. Shakinda hanya menganggukkan kepalanya mengiakan kata-kata Shikin. “Wah wah wah, bestnya korang. Aku pakai baju kurung je. Aku siapkan baju tu masa cuti semester hari tu.” 



“Eleh, baju kurung kau semuanya ada class. Maklumlah orang lain beli yang dah siap dan tempah jahit dah dekat beratus-ratus ringgit. Malah, ada yang mencecah sehingga 3 ratus ringgit kalau buat baju macam kau tu. Tapi, kau pula just beli kainnya, cari benang yang sesuai, cari manik-manik or stone hias-hias kat baju tu, haaaa siaplah baju-baju cun kau,” puji Shakinda.



“Mana ada!” Hannah tersipu malu kerana dipuji begitu. Dia tergelak kecil.  Memang menjadi hobinya menjahit baju kurung. Dengan kemahiran itu, dia mengubah suai baju-baju kurungnya menjadi baju kurung yang moden dan up to date. Dia juga pandai menjahit sulam manik dan menampal kristal pada bajunya. Memang kreatif dan halus jahitan tangannya. Cuma dia sahaja yang tidak mahu mengambil upah menjahit baju. Tiada masa katanya. Mana nak belajar kalau dia menerima tempahan baju.



“Alah, tak mengaku pula kau. Nanti kau ajar aku cara gunting kain nak buat baju ek. Selalu juga aku try potong sendiri. Last-last kain tu tersadai tak jadi apa juga. Sengetlah, pendeklah, tak matchlah, macam-macam. Aku teringin sangat nak pakai baju yang aku jahit sendiri. Macam puas hati je bila dapat pakai baju yang kita jahit sendiri,” ujar Syikin panjang lebar.



“Insya Allah. Kalau ada masa nanti aku akan ajarkan. Tak pun kau datang kat kedai aku nanti ek. Jadi customer tetap aku. Aku akan janjikan kepuasan untuk korang. Cayalah!” Hannah mula berangan untuk membuka pusat jahitan dan butik baju koleksi rekaan fesyennya. Memang dia meminati bidang itu. Tetapi macam dia dah tersilap course pula sebab sekarang dia belajar Degree in Finance.


 

No comments: