Friday, December 24, 2010

Biarkan Semua Berlalu | Part 2


2

            Petang itu, Hannah bersama rakan-rakannya keluar untuk mencari barang-barang untuk menghadiri majlis PGN. Mereka mencari alatan untuk solekan, high heel, tas tangan, dan aksesori yang baru. Sengaja mereka keluar beramai-ramai kerana tujuan utama mereka adalah untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan bersama. Banyak gambar yang disnap dengan bermacam gaya. Dengan menggunakan digital camera, mereka tak perlu risaukan filem yang terhad penggunaannya. Mereka hanya perlu menyediakan bateri dan memory card. Senang, mudah dan cepat serta canggih. Mereka bershopping sakan dan membeli pelbagai buah tangan untuk keluarga untuk diberikan apabila mereka pulang selepas habis final exam nanti.

            “First paper kita bila ya? Takutnya aku,” tanya Hasniza.

            “Aku rasa, dalam 25hb Oktober ni kot. Aku pun tak tengok jadual lagi. Hari tu, budak-budak Marketing ada cakap paper diorang start 26hb. Aku tak kisah sangat final exam tu start bila. Aku kisah dia habis bila. Fade up je bila kena paper paling last. Petang pula tu. Eee,” gerutu Salsabila.

            “Hannah pun tak tengok lagi. Alaaa, we all kan selalu je tak tengok jadual. Time study week tu barulah sibuk nak pergi tengok. Dah basi pun jadual tu time tu.” Mereka semua tergelak, membangkitkan kebisingan di Mc Donald.

            “Hmm, betul tu! Aku memang sokong sangat. Pasal aku tak payah tengok. Aku curi tengok jadual kat softboard  Hasniza je,” kata Maria.
            “Kau memang! Suka sangat ngendap softboard aku. Habis privacy aku,” gurau Hasniza.

            “Relax, beb! Dapat pahala free kau bagi aku ngendap softboard kau tu. Hehehe..”

            Mereka semua bersembang sambil makan dan mengambil gambar beramai-ramai. Memang bahagia mereka saat itu. Entah bila lagi dapat berkumpul beramai-ramai selepas ini. Mungkin mereka akan membawa haluan masing-masing dan jarang berkhabar berita.

            “Hannah! Cuba kau tengok tu,” Norli menunjukkan Hannah seseorang yang dikenalinya. Pada awalnya, dia berkira-kira untuk tidak menunjukkannya kepada Hannah tetapi bila dia fikirkan untuk kebaikan Hannah, dia maklumkan juga.

            “What? Huh!  Jantan tak guna!” bentak Hannah. Matanya tertumpu pada dua orang yang sedang berpacaran di sebelah meja mereka. Masak benar dia dengan perangai Daniel yang play boy. Dia mengharapkan agar Daniel akan berubah. Namun ternyata lelaki itu masih tetap dengan kerjayanya sebagai playboy. Memang sah dia ni susah nak tukar opsyen. Kena bagi kejutan elektrik dulu kot baru dia nak sedar.

            “Kau pergi je sergah dia dengan si gedik tu. Buat bodoh je. Serang je diorang. Biar padan muka dia.” Intan Marini mencelah. Dia mula mengapikan Hannah supaya menyerang Daniel yang sedang menayangkan aksi romantik di meja sebelah mereka. Dia tumpang geram melihatkan kekasih hati Hannah yang terang-terangan berlaku curang. Semuanya kehairanan kerana Daniel sedikit pun tidak menunjukkan muka bersalah tatkala mereka semeja memerhatikan mereka berdua. Mungkin Daniel tidak nampak akan Hannah yang sedikkit terlindung oleh Norli.

            “Malaslah aku kacau diorang. Biar je. Kita tengok sampai bila dia nak pegang award  PJT tu. Menyampah aku.” Hannah menggenggamkan jari jemarinya tanda dia geram.

            “Aaaa? Award  PJT tu apa, Hannah?” tanya Shakinda yang kehairanan. Berkerut-kerut dahinya memikirkan perkataan PJT itu. Semua di situ juga tidak mengerti.

            “Pelakon Jantan Terbaik! Kalau dah dasar womanizer tu memang layak dipanggil jantan,” jawab Hannah dengan selamba. Mereka semua ketawa dengan lawak selamba Hannah. Marah benar nampaknya Hannah pada Daniel yang sentiasa bertukar-tukar pasangan. “Eiii, tiba-tiba aku jijik dengan dia. Entah-entah dah kena HIV apa mamat tu. Asyik tukar pompuan je. Eee, jijiknya,” tambah Hannah.

            “Kau ni merapu pula. Tak baik tuduh dia macam tu. Ala, macam ni je. Kau sergah je dia jap. Pastu kita blah la. Kita pun dah siap makan ni. Posing pun dah habis gaya bergambar kat sini. Jom kita blah kat tempat lain pula,” cadang Siti Auni.

            “Jap jap, aku nak habiskan sedutan terakhir kat air coke kegemaran aku ni,” kata Hannah sambil menyedut minuman kegemarannya. Dalam hatinya, bagai gunung berapi yang meletus berapi-api menahan marahnya pada Daniel. ‘Siap kau!’

            Mereka bersedia untuk bangun meninggalkan tempat itu dan menjadi pelakon tambahan untuk Hannah mengenakan Daniel. Mereka semua berpakat dengan jayanya.

            “Hai, sayang. Lama tak jumpa. Kenapa tak telefon I? Mesti you busykan, sayang? I miss you so much, dear,” usik Hannah sambil tangannya memulas telinga Daniel. Tersenget badan Daniel menahan sakit dek tindakan Hannah.

            “Yalah, handsome. Your sweat heart ni selalu tungu you mesej dia. Eh, ini adik you ke, Daniel? Cutenya!” Shakinda menambah. Saja mahu menambahkan bara Daniel.

            “Tak nak kenalkan we all dengan adik you ni ke, Daniel? Boleh juga Hannah kenal coming adik ipar dia?” Hasniza pula menambah. Mahu saja dia menampar si Daniel tu.

            Daniel terkulat-kulat tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana dia  sedar yang dia sudah pun terperangkap! Padan muka dia! 

            “Hey! Who are you actually? He’s mine, ok? Apa ni, darling?” Perempuan itu bangun sambil membeliakkan matanya kepada Hannah. Dia kelihatan sedikit kebingungan.

            “Errr… err…” Daniel hanya mampu menelan air liurnya. ‘Aduh, gawat bangat ni.’

            Ketawa lembut Hannah kedengaran. Sebetulnya dia ketawa megejek. “Owh, it’s ok. I’m Nur Hannah Mohd Hizami. Both of us dah couple hampir 5 tahun dari sekolah menengah lagi. So, fikir sendiri ya, cik. Siapa yang milik siapa. Let’s go! Buang masa je kita kat sini.” Hannah memerli Daniel serta perempuan itu dan mengajak rakan-rakannya untuk segera pergi dari situ. Bukannya dia tak kenal siapa adik Daniel, Damia Hanim yang sentiasa menyokongnya. Ini kerana Damia juga meluat dengan sikap playboy abangnya itu. 

            “Entah, aku ingat adik dia. Rupanya baby baru dia. Sengal betul kau ni ya, Daniel. Buang karan je Hannah setia kat kau,” bentak Norli sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka Daniel.

            “Nah! Buat kenangan. Macam leher I ni kena sembelih je kalau I still pakai benda ni.” Hannah meletakkan rantai leher emas putih pemberian Daniel di atas meja. Mereka terus berlalu dari situ meninggalkan Daniel yang masih terkulat-kulat kerana terkejut dengan tindakan berani Hannah.

            Daniel seakan tidak percaya yang Hannah mampu berbuat begitu kerana apabila dia terkantoi berdating dengan perempuan lain, Hannah biasanya buat-buat tidak nampak dan hanya membisu sahaja. ‘Alamak! Adakah aku akan kehilangan Hannah? Eleh, perempuan. Merajuk sekejap je. Kalau aku yang pujuk, mesti cair punya!’

            “Daniel!” Nyssa menyinga.

            “Oh, darling! Calm down ok. Jangan percaya sangat kata-kata dia. Dia je tergila-gilakan I. Padahal hubungan kita orang dah lama putus. Dia cemburu tengok you lagi cantik dari dia kot. You percaya ke dengan dia, darling?” Daniel cuba menutup malunya. Siapa tak malu kena sembur hot and spicy macam tu? Kantoi beb!

            “Betul? You tak tipu I, Daniel?” Nyssa menaikkan jari telunjuknya dan menghalakan ke arah muka Daniel tanda dia sedang memberi amaran. Di dalam hatinya mendidih mnggelegak seakan gunung berapi nak meletus. Mahu saja dia menampar muka Hannah tadi. 

            “Betul, Nyssa. Buat apa I nak tipu you. You ni kan my sweet heart.” Daniel mencuit dagu Nyssa. Memujuk la tu…

            “Hmm, kalau macam tu. Rantai ni macam mana?”

            “Biarkan je. Nanti I pulangkan pada dia. Dia saja nak buat hubungan kita huru-hara je tu. Kalau you nak percayakan dia juga, you boleh tinggalkan I. I terima apa saja keputusan you. Nak buat macam mana lagi kalau orang dah tak nak percayakan kita.” Daniel buat muka sedih. Sengaja dia berbuat begitu bagi meminta simpati Nyssa. Selalu sahaja dia gunakan taktik begitu. Dengan Maya, Kyra, Maisara, Fateen, Lily, Shafira, Anita, June, Hilla, Qistina, Mimi, Peah, Joyah, Kiah, aaaa dan ramai lagi. 

            “Ok, tapi nanti you kena pergi jumpa dia ke untuk pulangkan benda ni, darling?” tanya Nyssa dengan nada cemburu. Diusapnya lengan Daniel dengan aksi manja.

            ‘Fuh, seksinya Nyssa ni! Cair aku.’ “Hmm, I pos sajalah kat dia nanti. Darling tak payah risau. Makanlah. Tadi you juga cakap mengidam nak burger kat sini. Nanti kita pergi shopping ya, darling,” pujuk Daniel.

            “You belanja ke, darling?”

            “Sure. Sebagai denda untuk I sebab pernah couple dengan perempuan macam dia tu. Maafkan I ye, darling.”

            “Fine. You tak payah minta maaf. You tak salah. Betina tu yang salah. Kasihan kat you. Nanti you jangan contact dia lagi tau, darling.” Berbunga hati Nyssa apabila Daniel mahu membelanjanya bershopping hari itu. Bukan kerana dia tidak mampu untuk berbelanja, tetapi kerana mahu bermanja.


No comments: