Saturday, December 25, 2010

Biarkan Semua Berlalu | Part 3


3

            “Kau nak lepaskan dia macam tu je ke, Hannah? Tak nak balas balik kat dia macam apa yang dia dah buat pada kau? Punyalah kau setia dengan dia, dia boleh cari lain lagi. Apa? Pandang perempuan seksi je ke kerja dia selama ni, Hannah?” tanya Salsabila. Geram dia melihatkan Daniel yang play boy tu.
            “No need. Aku tak mahu buat kerja tak ada faedah tu. Bukan dapat apa pun kalau balas balik. Lantak dialah, Sal. I can’t think straight. Cukuplah. Lagipun, aku dah ceraikan dia tadi. Biar je dia nak buat apa lepas ni. Tak kuasa dah aku nak sabar. Karang kalau aku sabar lagi nak je aku sembur dia macam-macam. Dah banyak terhakis sabar aku ni.”
            “Lerh, kau tak menyesal ke, Hannah? Bertahun-tahun kau pertahankan hak kau tu. Tapi, kau sendiri yang surrender. Aku takut kau menangis tak sudah nanti. Daniel tu bukan sebarangan juga. Handsome, pandai, kaya. Cukup lengkap dah. Cuma perangai je yang hampeh. Dasar PJT memang macam tu,” Shakinda mula berleter dengan menggunakan PJT yang dianugerahkan oleh Hannah untuk Daniel..
            “Dah lah. Yang lepas tu biar je lah. Sekarang, aku bangga dengan kau sebab dapat buat keputusan drastic dan yang paling tepat tu. Harta dengan rupa tak menjanjikan kebahagiaan untuk kita. Yang penting, hati ni kena jujur dan ikhlas. Baru ada sefahaman dan hubungan kita juga akan berkekalan,” terang Norli dengan panjang lebar. Mereka semua kemudiannya mengalihkan pandangan kepada Norli.
            “Hehe, aku bercakap atas dasar pengalaman aku tau!” ujar Norli membela diri. Kisah cintanya bersama Zaidi tiada yang menjadi penghalang dan menghalang. Keluarga pula sama-sama setuju dan merestui perhubungan mereka. Tunggu masa nak bersatu je mereka berdua tu. Bahagia betul. Beruntungnya dia…
            “Eh eh, kami tak cakap apa-apa pun. Yang kau gelabah ni kenapa?” Auni menyoal Norli yang kelihatan gelabah semacam.
            “Tak adalah. Cara korang tengok aku cakap macam tu tadi macam nak telan aku je. Itu yang aku bagi fakta pula tu. Hehe, betullah kan?”
            “Ye, betul bonarlah tu. Kalau tak ada semua tu baik tak payah bercinta. Buat sakit jiwa je. Tak penting pun rupa dengan harta dia. Everybody boleh cari rezeki sendiri. Tak ada maknanya menumpang harta dia. Buat sakit jiwa je dengan rupa dia yang handsome pasal dia guna buat kerja part-time as a  playboy yang berjaya tu. Lagipun, cari padah je kalau jadi palyboy or playgirl ni. Karang mangsa-mangsa keadaan tu cari kita tak pun diorang sumpah seranah kita, cukup 40 kali haaaa… termakbul doa diorang nanti baru padan muka. Doa insan teraniaya ni dimakbulkan Allah.” Hannah berceramah panjang. Sakit hatinya belum habis lagi dek penangan kecurangan Daniel. ‘Go aheadlah Daniel! You can do what you want. I takkan halang.’
            “Isk, minta selisihlah apa-apa kat aku ni. Aku tak pernah khianat sesiapa lagi. Doa-doa kat aku dapat jumpa lelaki idaman aku ye, semua.” Intan Marini bersuara.
            Mereka semua pulang ke kolej. Masing-masing sibuk menayang barangan yang baru mereka beli. Tak lupa juga pada gambar-gambar yang mereka ambil semasa mereka keluar tadi. Semua pakat mengadap laptop dan mengomen gambar mereka sambil bertukar-tukar gambar untuk koleksi masing-masing.
            Selesai isu kecurangan Daniel di shopping complex, timbul pula isu baru tentang Daniel. Memang suka cari publisiti murahanlah mamat ni. Menyusahkan perempuan!   
            “Hannah, please. Give me a second chance. I janji yang I takkan buat lagi. I’m so sorry, Hannah. Tadi I betul-betul tak sedar yang you ada kat situ. Sorry ya, sayang.”
            “Ooo, kalau you sedar yang I ada kat situ, you akan pergi tempat lain then bersuka rialah ye? Memang malanglah sebab you tak nampak I tadi,” sembur Hannah.
            “Errr, bukan macam tu…”
            “Hmm, apa alasan you kali ni, Daniel? You are not a kid anymore. Be a mature man lah! Jangan hanya tahu berfoya-foya macam budak sekolah,” pangkah Hannah tanpa menggunakan simbol pangkah. Sakit hatinya sudah di tahap yang paling maksima. Dangerous maximum tu!
            “Hey, princess! It’s scary me. I takutlah kalau you garang macam ni, sayang,” bisikya. Hampir tergugat jiwa Hannah dengan panggilan princess itu. “Bertenang ye, jangan ikutkan marah you tu. Kalau you marah-marah macam ni nanti cepat tua. I tak ada apa-apa dengan Nyssa tu. Kami hanya berkawan je,” kelentong Daniel.
            “So what? You nak apa lagi?” Dia pura-pura tidak memahami bahawa buaya darat itu sedang memujuknya demi mengasahkan lagi bakatnya dalam menjadi pemegang award PJT.
            “Sorry, ye sayang. You bagilah I  second chances!”
What for? Nak peluang pesen mana lagi. Dah habis stok peluang I dah bagi kat you. Dah banyak kali sangat you bohongi I. Itu yang I nampak. Yang I tak nampak? Entah berapa juta perempuan seksi yang you dah tayang kat depan muka I ni. Ada I marah you selama ni? I sabar je. I ingat, you boleh berubah. Tapi ternyata I silap. Memang I silap dari dulu lagi sebab selalu menangkan you walaupun kawan-kawan I sendiri yang jadi girlfriend you! Jatuh maruah I, tahu tak? Mana lagi I nak cekau maaf nak bagi pada you? Nak I beli maaf tu kat 7 Eleven ke?” Hannah mula berdebat dengan Daniel. Dia kesal kerana terlalu bagi muka kepada Daniel.
            Shakinda perlahan-lahan keluar dari bilik untuk membuat ketupat di bilik depan. Dia meninggalkan Hannah bersendirian agar Hannah tidak malu untuk mengahamburkan apa saja yang dia mahu pada Daniel. Bagi privacylah senang cakap.
            “Sayang, relax. Jangan marah-marah macam ni. Tak cunlah you nanti. Kita selesaikan dengan cara baik ok. I tak nak gaduh dengan you. I betul-betul sayangkan you. I saja mainkan diorang. Alaaa, you tak payah risaulah, Hannah. I tak nak pun kat diorang tu. Suka-suka je. Sorry, ok?” Daniel membuat pengakuan berani mati. Memang dasar lelaki buaya darat. Tapi, apa yang dikatakanya itu benar. Dia hanya menyayangi Hannah. Perempuan lain tu, dia saja nak suka-suka dan mengisi masa lapang. Hobi dia sejak dari sekolah dulu lagi. Sampai simcard dia penuh dengan nama perempuan je. Kena pakai dua telefon bimbit. Satu untuk kawan-kawan, familinya, serta Hannah, dan satu lagi untuk cewek-cewek yang menjadi bahan permainannya.
            “You ingat I bodoh? You tak malu ke kalau sedara I yang terserempak dengan you kat mana-mana masa you tengah menggatal dengan perempuan lain, then you boleh mengaku you ni bakal tunang I? Kes kat panggung wayang pun belum sejuk lagi.  Eh, sudah-sudahlah Daniel! I dah tak mampu nak tahan dengan perangai you tu. Lupakan saja hubungan kita ni. It’s over!” bentak Hannah. Sesungguhnya hatinya terlalu sakit dengan sikap Daniel. Benci ada, sayang pun ada. Tetapi, dia perlu memikirkan masa depannya. Takkan dia mahu hidup dengan begitu sepanjang hidupnya. Memang manusia akan berubah. Tapi bila? Lepas balik Mekah? Lepas dah terhantuk baru nak tergadah? Lepas bankrupt?
            “Coincidently, I terserempak dengan sepupu you hari tu. Bukan I sengaja. Tapi I sayangkan you. You are my everythings, Hannah. I tak curang pada you, tak berpaling dari cinta kita walaupun I keluar dengan ramai perempuan,” dalih Daniel.  
            “Banyaklah you punya coincident. Tak kuasa I nak layan you. Now, I dengan my life. And you, boleh go ahead dengan sesiapa saja yang you suka. Lantaklah!”
“Hmm… So, maksud you, you nak batalkan rancangan pertunangan kita yang dah tak lama lagi ni? Are you really  serious?” tanya Daniel serius. Berdebar hatinya menantikan jawapan dari Hannah yang diam sejurus.
            “Yes, why? Terkejut? Boleh blah!” Hannah menghumbankan kata-kata yang menyakitkan hatinya sendiri. Mana mungkin dia bisa menghalau Daniel daripada kamar hatinya. Pasti sepi yang akan meyelimuti diri kiranya dia bakal nekad dengan keputusan itu.
            “But, kita boleh bincang lagi kan? Janganlah kasar macam ni, sayang. You dah tak sayangkan I ke, sayang? You nak bergurau dengan I ye?” Daniel sengaja menyedapkan hatinya.
            “If selama ni pun you anggap I hanya nak bergurau dengan you, terpulanglah. Dah haus dah tahap serius I dengan you. But, nothings! Hampas pun I tak dapat dengan setia pada you. I menyesal tahu tak? Menyesal sebab I tak pernah fikirkan hati I yang sakit dengan perangai you!” marah Hannah. Hilang sudah kesabarannya.
            “Tapi, orang tua kita dah bersetuju kan? Takkan you nak hancurkan harapan parents I? Pelase, Hannah. Jangan buat macam ni. Nanti I kena marah dengan mama dan papa. Please, Hannah.” Daniel merayu. Dia takut perbelanjaannya akan disekat oleh papanya nanti jika mengetahui kisah sebenarnya yang bakal membuatkan pertunangan mereka dibatalkan.
            “Hello, I takkan berubah untuk parents you. Hati parents I siapa yang nak jaga? Enough, Daniel. It’s your own business. I tak nak kisah dah dengan you. Apa nak jadi, jadilah. Buang karan je bincang dengan orang macam you. Tak reti nak hormatkan I langsung. Now, I takkan hormatkan you lagi. Tak ada gunanya. Dan kalau pasal parents you akan marahkan you, itu tak ada kena mengena dengan I. Lantak youlah! Fair! Bye!” Hannah mematikan talian. Dimatikan telefon bimbitnya sekali. Puas hatinya menengking insan yang dikasihinya.
Dia menguatkan semangatnya untuk tidak menangis. Sudah banyak air mata yang dibazirkan untuk Daniel selama ini. Sampai tak terbayar bil air matanya. Nampaknya dia benar-benar nekad! Agaknya hari ini air matanya dah dipotong sebab bil air mata yang tertunggak tu masih belum dibayar. Jadi, dia tak mahu menangis dah.
            Daniel tersentak. Keras benar hati Hannah kali ini. Langsung tiada peluang untuknya memujuk. Dia sedar kesilapannya. Namun, dia tidak mampu membiarkan title PJT itu dipersiakan. Hehe, biasalah, lelaki.
‘Kalau tak jadi bertunang, bagus juga. Tak ada komitmen. Tapi aku akan cari Hannah juga sampai dia jadi isteri aku,’ desis hati Daniel. Dia tersenyum dan kemudiannya  keluar untuk memancing perempuan seksi di kampusnya.



           
Hannah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Norli. Dilihatnya Shakinda, Auni, dan Norli sedang mengayam ketupat dengan pelbagai gaya. Ada yang meniarap, ada yang memeluk bantal, dan ada yang duduk di atas katil. Tercengang-cengang mereka dengan kehadiran Hannah secara mengejut. Secara spontan, aktiviti mengayam ketupat terhenti dan tergendala buat seketika. Harap maklum, hehe.
            “Ehem, ehem. Berapa biji ketupat dah korang siapkan ni? Dah masuk chapter mana?” perli Hannah. Dia tegelak melihatkan kawan-kawannnya yang terkebil-kebil melihatnya masuk.
            “Eheee, baru je chapter 5. Jomlah kalau kau nak join. Baru havoc! Kau jadi presiden. Welcome to our club!” Shakinda melawak. Dia tahu, Hannah bukan marah pada diorang yang sedang mengumpat pasal dia dan Daniel. Dah jadi lumrah mengumpat tu untuk kaum mereka. Asalkan jangan sampai memfitnah sudahlah.
            “Sekeh karang. Banyaklah kau punya presiden. Ni haaa, aku baru lepas talak tigakan si Daniel tu.”
            “Kau betul-betul nekad ke, Hannah? Ini yang menjadi isu utama dalam kelab mengayam ketupat ni sebenarnya. Engagement korang nanti macam mana?” tanya Auni. Dia risau juga kalau-kalau Hannah menyesal di kemudian hari. Tapi kalau dia jadi Hannah pun, pasti dia talak 333 kan Daniel tu. Tak serik-serik jadi PJT. Kesian Hannah yang kena jadi Pasangan Paling Malang (PPM).
            “Nekadlah! Aku pun dah tak kisah. Hari tu sepupu aku asyik mesej aku je masa dia ternampak Daniel keluar dengan Yasmin, kawan sekelas aku masa kat sekolah dulu. Sewel apa mamat tu. Tak reti hormatkan sepupu aku langsung. Ada ke patut dia tayang Yasmin tu sambil peluk-peluk, gesel-gesel dengan perempuan tu tepi sepupu aku masa tengok wayang. Ingat KL ni besar sangat ke? Menyorok kat mana pun boleh jumpa punya. Lainlah kalau dia buat hal kat Thailand ke, New Zealand ke, Poland ke, barulah kita tak jumpa. Tak ada jadahnya kita nak intai dia sampai kat sana,” bebel Hannah panjang lebar. Marah benar nampak gayanya.
Semuanya saling berpandangan. Rumit sungguh masalah cinta ni. Yang ni dah ok, yang tu pula ko. Yang ni ko, yang tu pula ok. Tak tahu nak cakap apa. Lelaki kata perempuan yang jahat. Perempuan pun kata lelaki yang jahat. Yang mana betul yang mana salah sebenarnya. Who wants to be a millionare? Jawab soalan ni. Gunalah talian hayat yang ada. Tanya sama pokok, tanya sama angin, tanya sama awan, tanya sama air, hahaha.
“Hisy, aku memang tak puas hati dengan Daniel. Tu pasal aku sokong kau clash dengan dia. Kesian kau jadi PPM. Tapi aku faham. Perit pedihnya penangan putus cinta. Tak kisahlah dia macam mana pun tapi kalau hati dah sayang, memang sedihlah kalau terpaksa buat keputusan macam ni. Kau sabar jelah ye, Hannah. Wait and see je apa nak jadi lepas ni.” Norli memegang erat tangan Hannah untuk memberikan kekuatan kepada sahabat baiknya. Sedikit sebanyak, tempias kesedihan Hannah dapat dirasainya Walaupun tanpa kaedah bluetooh, kesedihan Hannah tetap sampai ke jiwanya.
“Memanglah. Deep inside, I’m still love him so much. Huh, what can I do now? Frustrated. But, korang tak usah risaulah. Dah kering air mata aku ni nak menangis sebab PJT tu.  Tak mampu aku nak bayar bil air mata ni yang dah tinggi melambung. Hai, memang PPM lah aku ni. Huuhhuuu….”
“Sengetlah kau ni, Hannah. Pandai ye kau buat lawak tengah-tengah sedih macam ni. Bolehlah kau join Apek Senario tu buat lawak untuk menghiburkan hati kau yang berduka lara tu,” Auni mengusik Hannah. Dia dan Shakinda tergelak-gelak kecil mendengar celoteh Hannah yang sedang marah. Sempat lagi dia buat lawak selamba.
“Tak adalah sampai macam tu. Aku saja je buat lawak. Karang aku sedih-sedih korang juga yang panik. Tak mahulah aku menangis. Buat penat je. Bukan Daniel nak berubah pun. Sia-sia je pengorbanan aku selama ni. Pergh! Ayat orang kecewa tu,” Hannah mengomel. Dia menggenggam rambutnya yang panjang sambil menarik-narik rambutnya menunjukkan tanda dia sedang sakit hati.
“Yang penting, kau kuatkan semangat. Jangan nanti esok tiba-tiba kau bangun duk merintihlah, menangislah, merayulah nak balik pada si Daniel tu. Buat malu kaum kita je. Berlambak lagi lelaki lain, Hannah. Bukan kau tu tak laku. Kau buat je kerja yang kau suka yang boleh singkirkan dia dari ingatan kau bagi kau tak ingat pasal dia. Senang sikit. Kau menjahit ke, mengarang ke, buat assignment sampai siap dengan assignment kitorang sekali ke…” Shakinda memberikan pendapatnya yang bernas.
“Amboi, ayat belakang tu yang tak tahan. Kes nak dera aku tu!” Mereka sama-sama ketawa. Ceria menapak kembali di dalam perbualan mereka. Iyalah, tadi asyik cakap benda sedih saja. Mana boleh sedih-sedih. Hidup mesti gembira!
“Macam-macamlah korang ni. Sakit perut aku ketawa tau!” kata Auni.
“Dahlah. Yang kita perlu fikir sekarang, final exam. Kau tak payah fikir hal Daniel tu. Tu benda kecil je. Nanti boleh diselesaikan lepas final exam. Kau rehat-rehat dulu, ok. Jangan banyak fikir. Nanti pening kepala kau,” nasihat Norli. Dia mahu Hannah melupakan kisahnya bersama Daniel.
Tujuh tahun, bukan masa yang singkat dalam menjalinkan perhubungan. Memang dah kira serius tahap maksima dah hubungan di antara Daniel dengan Hannah. Siap kena panggil kat cikgu lagi masa zaman sekolah sebab Daniel pernah Tunggu Hannah depan pintu pagar sekolah sambil memegang bunga untuk minta maaf pada Hannah. Malangnya Hannah sampai awal ke sekolah hari itu. Jadilah Daniel mat romeo yang menunggu julietnya di depan pintu pagar sekolah yang telah menyebabkannya lambat masuk kelas dan dikenakan denda.
Hannah juga terkena tempiasnya kerana Daniel menunggunya sambil memegang bunga mawar. Habis bising di bilik guru tentang kisah percintaan mereka. Tetapi, Daniel tidak kisah dimarahi guru kerana dia benar-benar sayangkan Hannah. Dia berbuat begitu demi meminta maaf terhadap Hannah dan mahu meyakinkan Hannah yang dia betul-betul cintakan Hannah yang sudah tawar hati kepadanya. Masa itu mereka sudah di tingkatan lima. Dekat-dekat SPM pun diorang boleh shooting. Fuh! Cerita itupun sampai ke telinga ibubapa mereka.
Segera ibubapa Daniel berjumpa dengan ibubapa Hannah untuk meminta maaf atas perlakuan Daniel yang sedikit sebanyak memalukan mereka walaupun ada yang sesetengah yang beranggapan bahawa apa yang dilakukan Daniel itu bagus. Akhirnya, hubungan mereka kembali terjalin mesra kerana mendapat restu dari keluarga mereka. Ibubapa Daniel sudah berkenan pada Hannah. Kebetulan adik Daniel, Damia Hanim adalah setiausaha Hannah ketika mereka berdua bertugas sebagai badan pustakawan di sekolah. Jadi, banyak yang Damia tahu tentang Hannah yang menjadi kakak idamannya. Maklumlah dia tidak mempunyai kakak. Yang dia berkenan nak buat kakak angkat dah jadi bakal kakak iparnya. Lagilah dia suka. Tapi, dia sendiri dah pening pasal ramai sangat bakal kakak ipar dia. Dia hanya suka pada Kak Hannah seorang untuk dijadikan kakak iparnya.

1 comment:

Unknown said...

datang tumpang baca sini...